Acara lompat katak tak lama lagi – Zahid

Acara lompat katak tak lama lagi – Zahid

Zahid: Rakyat akan lihat tragedi ‘katak melompat’

Ketika banyak pihak mempertikaikan tempoh undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen pada September ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyindir bahawa akan terdapat wakil rakyat melompat parti tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Bagan Datok itu berkata, langkah tersebut dilakukan sama ada untuk mencari ‘habuan’ ataupun “menyelamatkan diri masing-masing.”

“Dalam tempoh beberapa minggu ini rakyat akan melihat sama ada tragedi ‘katak melompat’ berulang iaitu tragedi hitam yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

PRU14 menyaksikan Umno tumbang setelah lebih dari 60 tahun mentadbir negara, selepas Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya pada Mei 2018.

Bagaimanapun, selepas kemenangan PH, berlakunya wakil rakyat terutamanya dari Umno yang melompat parti dengan menyertai parti serpihannya, Bersatu yang juga merupakan sebahagian daripada gabungan PH ketika itu.

“Sebab itu kita minta usul undi percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat disegerakan.

“Sebelum ada lagi yang terperangkap, terpedaya atau terpesona sanggup menjadi ‘katak’.

“Namun ingat rakyat sedang menilai jika ada wakil rakyat yang menjadi ‘katak’ seterusnya,” kata Zahid.

Semalam, Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berjanji untuk membawa usul undi percaya terhadapnya pada sidang parlimen yang dijadualkan bulan depan.

Pengumuman itu dibuat selepas dia terus menerus ditekan berhubung keabsahan jawatannya sebagai perdana menteri.

Sesi parlimen berikutnya dijadualkan bermula pada 6 September, dengan Agong akan menyampaikan titah diraja di Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan. Mk

Acara lompat katak tak lama lagi – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker