Wan Faysal kata Syed Saddiq berbohong ‘budak tak habis belajar diberi amanah’

Wan Faysal kata Syed Saddiq berbohong ‘budak tak habis belajar diberi amanah’ Ketua Armada Nasional Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengakui beliau ada berjumpa dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, seperti mana didakwa Ahli Parlimen Muar itu baru-baru ini.

Namun Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, pertemuan itu bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.

Jelasnya Wan Ahmad Fayhsal lagi, beliau berjumpa dengan Syed Saddiq adalah atas kapasiti peribadi dan persahabatan, kerana Ahli Parlimen Muar itu ibarat sahabat, adik, dan rakan seperjuangannya bagi dirinya.

“Idea yang saya bawakan adalah mengetepikan perseteruan politik dan menggembleng semangat penyatuan anak muda demi untuk membina semula negara secara bersama. Anak muda membentuk kumpulan terbesar pengundi hari ini, malah lebih separuh daripada keahlian Bersatu.

“Namun, saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang tohmahan yang telah dilontarkan kepada saya. Saya tidak membuat apa-apa tawaran atau ugutan. Ini tidak benar,” tegasnya lagi.

https://twitter.com/wanfayhsal/status/1422847916679434240?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1422918289924136961%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es3_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Fmohd-razlan-umum-peletakan-jawatan-lembaga-pengarah-ltat-312429

Baru-baru ini Syed Saddiq mendakwa, Wan Ahmad Fayhsal cuba memujuknya untuk kembali kepada parti itu dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Tambahnya lagi, ajakan itu dilakukan sebelum beliau didakwa di mahkamah.

“Kalau saya ni jahat sangat curi duit Armada, kenapa datang jumpa saya sebelum saya didakwa untuk sokong Perdana Menteri? Truth will prevail. Enjoy your “Surat sokongan” while it last,” katanya ketika berbalas kenyataan dengan Wan Ahmad Fayhsal di Twitter baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, dakwaan Syed Saddiq bahawa kes mahkamah yang sedang dihadapi telah ‘direka’, tidak berasas kerana laporan polis yang membawa kepada kes ini dibuat oleh Ahli Parlimen Muar itu sendiri.

“Sekiranya beliau yakin bahawa beliau tidak bersalah, mahkamah adalah forum terbaik untuk membuktikan kebenaran ini. Kami akan sentiasa doakan yang terbaik dan selamat maju jaya kepada beliau,” katanya lagi.

Wan Faysal kata Syed Saddiq berbohong ‘budak tak habis belajar diberi amanah’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wan Fayhsal pujuk saya sokong Muhyiddin sebelum didakwa

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker