Tidak sukar untuk buat keputusan – Ahmad Maslan

Sebaran :

Tidak sukar untuk buat keputusan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, beliau tidak sukar membuat keputusan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kata Ahli Parlimen Pontian itu, senada dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan mendaulat titah Yang di-Pertuan Agong adalah menjadi keutamaan baginya.

“Sama ada mendaulat titah Tuanku, tegakkan Perlembagaan dan ikut keputusan parti atau sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak ikut Perlembagaan dan ingkar parti.

“Sudah tentu saya pilih yang pertama (mendaulat titah Tuanku, tegakkan Perlembagaan dan ikut keputusan parti),” katanya dalam ciapan menerusi Twitternya hari ini.

Terdahulu, Ahmad turut kelihatan berada bersama-sama dalam sidang akhbar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan secara maya selepas mesyuarat MT di ibu negara.

Ahmad Zahid mengumumkan parti itu memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Seri Paduka Baginda dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Sementara itu, UMNO Bahagian Pengerang menegaskan mereka berdiri teguh bersama Presiden yang menarik sokongan terhadap kerajaan dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Ketuanya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mereka konsisten dan menyokong penuh keputusan MT yang mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Pengerang merangkap Ahli MT UMNO menyambut baik kenyataan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid.

“Keputusan ini sememangnya selaras dengan asas dan tujuan parti seperti termaktub dalam Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO untuk mendukung dan mempertahan Perlembagaan negara, negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak sukar untuk buat keputusan – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

 


Sebaran :

Leave a Reply