40 wakil BN dan 3 PKR sokong Muhyiddin, dakwa Zahidi

40 wakil BN dan 3 PKR sokong Muhyiddin, dakwa Zahidi

Seramai 40 anggota parlimen BN menandatangani akuan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, dakwa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin.

Sementara dua lagi, menurut anggota parlimen Padang Besar, masih dalam proses rundingan.



Dalam senarai itu, dakwanya, terdapat tiga anggota parlimen PKR.

Sementara itu, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya parti itu menyokong PN tetapi tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri adalah tidak praktikal.

“Kalau nak amal dalam UMNO, kita boleh cuba. Sokong UMNO tetapi tidak sokongan Presiden. Kalau berjaya dalam UMNO, baru kita cadang kepada parti lain,” katanya.

Zahidi berkata, sehingga hari ini, kerajaan PN masih stabil dengan dokongan majoriti Ahli Parlimen terdiri daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN), PN dan parti Sabah serta Sarawak.



Katanya, Ahli Parlimen BN umpamanya, mengadakan pertemuan untuk membincangkan perkara itu dan 40 daripada mereka menandatangani surat perakuan menyokong kerajaan PN.

Katanya, tiga Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga turut menyatakan sokongan mereka, namun Zahidi tidak memberi sebarang perincian.

“Kalau boleh, Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sokonglah. Kita adalah kerajaan bersama, yang Timbalan Perdana Menterinya dari UMNO. Kenapa kita tak mahu tandatangan (surat perakuan)?

“Selepas masalah COVID-19 selesai dan ada Pilihan Raya Umum (PRU), kita ikut keputusan Perhimpunan Agung UMNO iaitu beri sokongan sehingga PRU,” katanya.



Antara resolusi Perhimpunan Agung UMNO 2020 ialah Ahli Parlimen UMNO dan BN tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan.

Berita lanjut menyusul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

40 wakil BN dan 3 PKR sokong Muhyiddin, dakwa Zahidi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker