Seluar Pesakit Covid-19 Lari Kuarantin Ditemui

Sebaran :

Seluar Pesakit Covid-19 Lari Kuarantin Ditemui

PENAMPANG – Dua pasang seluar dipakai suspek melarikan dari pusat kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) ditemui di Kampung Bambangan, Inanam pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pakaian lokap berkenaan ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 10 pagi sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian berdasarkan laporan diterima untuk menjalankan siasatan lanjut. Semua suspek ini dipercayai sudah menukar pakaian mereka bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Dua seluar lokap itu ditemui di kawasan Kampung Bambangan, Inanam dan dipercayai dipakai antara tahanan yang melarikan diri pagi tadi.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk memastikan semua suspek dapat ditahan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, keempat-empat suspek yang disahkan positif Covid-19 dikesan melarikan diri dari ILMAN dalam kejadian pukul 3.30 pagi tadi. -K! ONLINE

Seluar Pesakit Covid-19 Lari Kuarantin Ditemui


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pesakit Covid-19 lari, ditemukan menyorok dalam kebun rupanya


Sebaran :

Leave a Reply