Penangguhan sidang Parlimen beri konotasi negatif kepada kerajaan

SHAH ALAM – Keputusan menangguhkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada hari ini boleh memberi konotasi negatif kepada kerajaan, kata penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfiq Yaakub.

Beliau berkata, tindakan tersebut memberi ruang untuk dimanipulasi oleh pembangkang, sekaligus memberi kesan terhadap usaha kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

“Apabila pembangkang memainkan isu perdana menteri dan menteri berkaitan tidak menghormati raja dan sebagainya, sudah tentu akan memberi konotasi negatif. Bahkan saya jangka kemelut politik ini akan terus berlanjutan.



“Bukan itu saja, gelombang mendesak kerajaan untuk berundur dan atau apa sahaja yang boleh memberi tekanan kepada kerajaan akan muncul.

“Sebagai contoh kita dapat lihat minggu lepas berlangsungnya protes doktor kontrak dan pada Sabtu, perhimpunan baju hitam yang melaungkan slogan ‘Kerajaan gagal’,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohammad Tawfik berpendapat jika keadaan Covid-19 kembali reda dan prosedur operasi standard (SOP) di Parlimen diperketatkan, maka kerajaan perlu memohon semula perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan semula mesyuarat tersebut.

“Tujuan mesyuarat itu adalah untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan semua ahli Parlimen berhubung isu Covid-19 serta bagaimana Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirangka dapat dilaksanakan,” ujarnya.



Menerusi notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat pada Sabtu, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu dijadual berlangsung selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat, manakala bagi Dewan Negara pula ditetapkan selama tiga hari mulai 3 Ogos.

Penangguhan sidang Parlimen beri konotasi negatif kepada kerajaan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan, Dakwa Kerajaan Terbubar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker