Pemandu maut digilis lori balak sendiri

Pemandu maut digilis lori balak sendiri

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut digilis lori balak yang dipandunya sendiri ketika sedang menyelenggara brek kenderaan berat itu di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini tengah malam tadi.

Mangsa, Arifin Mohamad Noor, 54, dari Rancangan Kemajuan Tanah, Kesedar Lela Jasa dekat Kuala Krai meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dengan memandu lori muatan kayu balak dari arah Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa telah berhenti di tepi jalan dan dipercayai cuba untuk menyelenggara bahagian brek lori balaknya.

“Mangsa tidak mematikan enjin lori sebelum turun untuk menyelenggara bahagian brek di bawah kenderaan berat itu.

“Bagaimanapun, lori itu secara tiba-tiba telah bergerak sendiri ke hadapan sebelum menggilis mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Katanya, insiden itu menyebabkan mangsa mengalami cedera parah pada bahagian pinggang telah dihantar ke HSIP sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 5.26 pagi tadi.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Pemandu maut digilis lori balak sendiri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker