Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak

Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak ditahan

Hantar gambar lucah kepada kanak-kanak, pembantu kedai makan diberkas

Seorang pembantu kedai makan ditahan polis pada Sabtu kerana menghantar gambar kemaluannya menerusi WhatsApp kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan pada 2.45 petang di sekitar Ajil oleh anggota polis dari Hulu Terengganu dan cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, lapor Kosmo.

Tangkapan dibuat setelah polis menerima laporan daripada bapa mangsa, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli.

Menurutnya, suspek dan kanak-kanak berkenaan berkenalan melalui kumpulan sembang WhatsApp permainan dalam talian PUBG.

Setelah menghantar gambar kemaluannya, suspek turut meminta kanak-kanak berkenaan membalasnya dengan gambar bogel.

“Polis merampas kad SIM, telefon bimbit dan kad memori (suspek),” katanya semalam.

Suspek yang didapati tiada rekod jenayah mengaku terlibat dan telah direman empat hari bagi membantu siasatan. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker