Takut kalah undi, tarik darurat senyap-senyap

‘Takut kalah undi, tarik darurat senyap-senyap’

KUALA LUMPUR: Kerajaan didakwa menarik balik Ordinan Darurat secara ‘senyap-senyap’ kerana khuatir berdepan kekalahan ketika pengundian di Dewan Rakyat.

Mohamad Sabu (AMANAH-Kota Raja) ketika menyuarakan pendirian itu berkata, kerajaan sewajarnya mengemukakan usul dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya ingin membatalkan atau menarik balik pelaksanaan darurat.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, langkah sedemikian tidak dilakukan kerana proses seperti itu memerlukan pengundian dalam kalangan Ahli Parlimen sebelum ia berupaya diluluskan.

“Hari ini, (Ordinan Darurat) ditarik senyap-senyap, sebab kalau diundi saya yakin, kerajaan akan kalah,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata darurat sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana kerajaan mempunyai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Katanya, agensi berkenaan dilengkapi jentera dan organisasi yang berupaya membantu usaha mengawal penularan pandemik COVID-19.

“Tetapi sebaliknya kerajaan pilih untuk isytihar darurat, bukan sebab nak selamatkan rakyat, sebaliknya untuk kekal berada di tampuk kuasa.

“Sepatutnya tidak kira daripada pihak kerajaan atau pembangkang, dalam hal hadapi penyakit ini, kita kena bersatu dan bincang secara betul.

“Ini tidak, Malaysia semua nak jadi johan termasuk dalam hal COVID-19, jadilah johan dalam renang ke, badminton ke menerusi temasya sukan di Tokyo” katanya. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Takut kalah undi, tarik darurat senyap-senyap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker