Tokyo 2020: Walaupun tempat ke-4, persembahan Dhabitah cukup membanggakan

Sebaran :

Tokyo 2020: Walaupun tempat ke-4, persembahan Dhabitah cukup membanggakan. Misi atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri untuk membawa pulang pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020, terkandas selepas gagal meraih ‘top 3’ dalam aksi final acara 3 meter papan anjal wanita, sebentar tadi.

Penerjun berusia 22 tahun itu menamatkan lima terjunan di tempat ke-4 dengan kutipan mata 326.15, di belakang atlet China dan Amerika Syarikat.

Keputusan penuh menyaksikan dua peserta dari China Shi Tingmao dan Wang Han masing-masing meraih pingat emas dan perak, manakala peserta Amerika Syarikat, Krysta Palmer meraih pingat gangsa.

Nur Dhabitah mara ke peringkat final selepas meraih tempat ke-6 dalam saingan separuh akhir pada Sabtu dengan kutipan mata 312.60.

Nur Dhabitah sememangnya disenangi ramai bukan sahaja kerana potensinya tetapi juga wajahnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah dalam Sukan Olimpik, selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun.

Beliau juga adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy.

Nur Dhabitah turut pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.

Tokyo 2020: Walaupun tempat ke-4, persembahan Dhabitah cukup membanggakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dhabitah berjaya ke final, harapan pingat buat negara


Sebaran :

Leave a Reply