Batalkan permainan sebab hujan renyai memang luar biasa

Batalkan permainan sebab hujan renyai memang luar biasa’ – Shabery

KUALA LUMPUR – “Gol sendiri kerana kesilapan penjaga gol tu biasa,” kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Tetapi, katanya, pengadil batalkan permainan sebab hujan renyai memang luar biasa.



Meskipun kenyataan tersebut tidak memberi gambaran sebenar, namun Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu dipercayai mengulas mengenai penangguhan sidang Parlimen esok kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Semalam, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Vacha Mydin dalam satu kenyataan berkata, pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19 yang mana Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19,” katanya. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Batalkan permainan sebab hujan renyai memang luar biasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker