Elaine ratu pecut Olimpik, pecah rekod 33 tahun

Sebaran :

Elaine ratu pecut Olimpik, pecah rekod 33 tahun

TOKYO : Pelari Jamaica Elaine Thompson Herah dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas memecah rekod 100 meter (m) wanita di temasya terbesar dunia itu, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Elaine mempertahankan pingat emasnya dalam acara reben biru yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.

Catatan masa 10.61 saat (s) dilakukan pelari berusia 29 tahun itu, menyaksikan dia memadam rekod berusia 33 tahun milik bekas ratu pecut Amerika Syarikat, mendiang Florence Griffith Joyner iaitu 10.62s yang direkodkan pada tahun 1988.

Lebih manis ketiga-tiga pingat yang dipertandingkan dalam acara reben biru itu menjadi milik atlet Jamaica dengan pingat perak menjadi milik juara dunia dua kali Shelley Ann Fraser Pryce yang melakukan catatan masa 10.74s manakala Shericka Jackson merangkul gangsa (10.74s). K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Elaine ratu pecut Olimpik, pecah rekod 33 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM


Sebaran :

Leave a Reply