Dituduh Isteri Berzina Dengan Pelacur, Pelakon Drama ‘Putri Yang Ditukar’ Buka Mulut

Pelakon drama bersiri ‘Putri Yang Ditukar’ versi Indonesia Lucky Perdana telah menghebohkan industri hiburan di Indonesia. Baru-baru ini, isterinya, Veronica telah menyampaikan berita buruk kepada orang ramai. Veronica menuduh Lucky mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Lucky Perdana, Foto: Instagram @_luckyperdana

Veronica juga menuduh Lucky berzina dengan seorang wanita bernama Lidi Brugman. Isu hubungan sulit ini didedahkan oleh Veronica menerusi Insta Stories baru-baru ini.

“Pelacur selamanya akan menjadi pelacur yang mempunyai mentaliti sampah, tidak mempunyai MORAL atau Malu, apalagi AKHLAK yang baik !! Hanya pelacur yang urat malunya sudha putus. Sampai begitu berani berzina dengan suamiKU !!!!,” tulis Veronica di Instagram.

“Jadi kamu PELACUR.. Tak perlu berpura-pura manis dan baik di depan ramai orang.. hanya utk menutupi sifat asli mu yg SANGAT BURUK! @lidibrugman,” lanjut Vero dengan menyebut akaun Lidi Brugman.

Lucky Buka Mulut

Tuduhan dari isteri tentunya segera menarik perhatian dari netizen. Ramai yang mengecam sikap Lucky yang menduakan isteri.

Lucky juga membalas tuduhan isterinya. Namun, dia merasakan masalah rumah tangga bukanlah sesuatu yang perlu didedahkan kepada orang ramai.

“Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa, saya akan membawa segala yang berkaitan dengan hal privasi hidup saya hingga mati. Setiap orang mempunya cara yang berbeza  untuk menangani masalah, bukan hanya kerana saya adalah public figure maka saya melepaskan semua hal peribadi kepada umum ? Tidak, terima kasih,” Lucky menulis di Instagram.

Lucky mengakui bahawa dia pernah terlintas berfikir untuk meninggalkan isterinya yang telah menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai. Lucky bimbang bahawa apa yang dilakukan oleh isterinya akan memberi kesan buruk kepada anak-Murai.my

22 GRO, pelacur kena cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker