Ashraf Muslim Bersyukur Dapat Solat Jumaat Di Masjid Akhirnya

Ashraf Muslim Bersyukur Dapat Solat Jumaat Di Masjid Akhirnya

Ujar Ashraf, peluang yang diberikan itu sama sekali tidak akan dipersia-siakan, tambahan dia juga sudah lama tidak dapat menunaikan solat jumaat di masjid.

Perkara itu dikongsikan Ashraf dalam sebuah hantaran Instagramnya untuk tatapan peminat.

 

Alhamdullilah, semalam saya dapat panggilan jemputan untuk menunaikan solat jumaat hari ini (semalam). Saya bersyukur sangat sebab ini yang saya nantikan. Itu pun selepas mendaftar berbulan-bulan untuk solat jumaat. Peluang diberikan ini tidak saya lepaskan apatah lagi saya sudah rindu solat jumaat di masjid.

Dia yang turut berkongsikan rasa ketika menjejaki masjid setelah sekian lama memberitahu bahawa dia sangat seronok dan berasa tenang apabila berada di rumah ibadat itu.

Ashraf dalam pada itu sempat menyeru kepada umat Islam yang belum mendaftar untuk solat jumaat untuk segera melakukan demikian kerana sudah pasti ramai yang merindukan untuk berjemaah di masjid.

Sekadar info, Majlis Keselamatan Negara menetapkan bahawa jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat jumaat di masjid sekitar kawasan Kuala Lumpur adalah hanya 100 orang manakala untuk negeri Selangor adalah 40 orang.-BN

Ashraf Muslim Bersyukur Dapat Solat Jumaat Di Masjid Akhirnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing

Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker