Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan

Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan

Agak susah bagi sesiapa yang waras untuk percaya bahawa sidang parlimen esok perlu ditangguh ke satu tarikh yang belum diumum sebab Covid.

Saya bagi contoh.

Pada 12 Julai, 204 petugas di sahkan positif Covid di PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam.

PPV ditutup sehari dan dibuka semula pada 14 Julai.

Manakala 11 individu dikesan positif daripada 1,183 saringan di parlimen pada hari Khamis.

Jadi, ianya amat sukar bagi sesiapa untuk percaya bahawa PPV yang melibatkan puluhan ribu orang awam dibenarkan beroperasi semula hanya dua hari selepas 204 petugas dikesan positif tetapi parlimen pula perlu ditutup bagi tempoh yang tidak lagi diketahui.

Mengikut contoh PPV Shah Alam, parlimen sepatutnya sudah selamat dibuka bermula Sabtu. Jadi, kenapa sesi pada hari Isnin dibatalkan juga?

Adakah kerajaan percaya bahawa nyawa 220 ahli parlimen lebih mahal berbanding ribuan orang awam yang lawat ke PPV Shah Alam tiap-tiap hari?

Lagipun, sekiranya situasi di parlimen amat bahaya kenapa pula ramai menteri dan MP dibenarkan meninggalkan Dewan tanpa disaring pada tengah hari Khamis untuk berkunjung ke rumah PM8?

Andainya benar bahawa PM8 ada sokongan “cukup dan jitu” 110 ataupun 115 ahli parlimen maka kerajaan PN sepatutnya membenarkan ordinan-ordinan darurat dibahas dan diundi dalam Dewan.

Bukan tiba-tiba menipu dalam dewan bahawa ianya sudah back-date batal yang akhirnya membawa kepad kemurkaan YDP Agong.

Dan sekiranya benar bahawa PM8 ada sokongan cukup dan jitu, PM8 tak akan hilang diri sejak memberi sesi penerangannya pada hari Isnin.

Dia datang pada pagi Isnin untuk beri penjelasan tapi apabila tiba masa untuk dia disoal, dia sudah lari diri.

Tak pernah muncul kembali di parlimen sejak itu. Najib Razak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker