Kula nafikan audio ‘kerajaan cuba membunuh masyarakat India melalui vaksinasi’ adalah suaranya

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran menafikan suara dalam audio yang tular mendakwa ‘kerajaan cuba membunuh masyarakat India melalui vaksinasi’ adalah suara miliknya.

Sebaliknya, Kulasegaran berkata ada individu cuba meniru suaranya.

“Saya menafikan bahawa video itu tulen. Ada individu cuba meniru (dubbing) suara saya. Tapi, ia jelas bukan suara saya.



“Kamu boleh periksa semua video saya dalam Tik Tok saya,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas video tular di media sosial yang mendakwa kerajaan cuba “membunuh kaum India” di Malaysia melalui vaksinasi.

Menerusi video yang memaparkan wajah Kulasegaran itu, suara berkenaan didengar berkata, kerajaan PN sedang memikirkan cara untuk menghapuskan masyarakat India di Malaysia.

Suara dalam video berdurasi 54 saat itu turut mendakwa kerajaan menggunakan program vaksinasi dengan memberi suntikan kepada masyarakat India dengan vaksin berbeza agar dalam masa dua tahun masyarakat India akan ‘bungkus’ (mati).



Video itu berbunyi: “Salam sejahtera semua. Sekarang kerajaan berfikir bagaimana cara menghapuskan kaum India di Malaysia. Mereka berfikir nak bunuh kita kerana kita dianggap bercakap keterlaluan.

“Tapi kami (pemimpin India) tak boleh buat apa-apa pun. Kami (pemimpin India) terpaksa sokong kerajaan kerana gaji kami dibayar oleh kerajaan. Jadi, apa yang akan berlaku adalah vaksin Covid yang dibuat sekarang (kepada kaum India) dalam masa dua tahun semua akan ‘bungkus’ (mati).

“Vaksin ini bukan untuk mereka (kaum lain). Mereka akan tukar vaksin (yang membawa maut) ketika menyuntik kaum India. Jadi, yang akan ‘bungkus’ kaum India sahaja. Ini sangat pasti. Jadi, kaum India tiada urusan di negara ini. ‘Bye bye sahaja untuk kaum India.”

Sementara itu, Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata dia kecewa dengan individu yang cuba meniru suaranya.



“Saya kecewa, mereka ada banyak masa untuk membuat perkara- perkara yang membuang masa.

“Masyarakat kita ada banyak isu. Buat yang baik untuk masyarakat kamu.

“Fikir yang terbaik untuk masyarakat kamu. Kalau saya buat laporan polis, saya pasti polis akan tangkap kamu. Nanti keluarga kamu yang susah.

“Kamu ada bakat meniru suara orang lain, gunakan bakat itu untuk perkara baik,” katanya.



Kula nafikan audio ‘kerajaan cuba membunuh masyarakat India melalui vaksinasi’ adalah suaranya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker