Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing
Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing
LONDON – Seorang lelaki Britain dipenjara lebih lima tahun hari ini kerana melakukan kempen pembunuhan kucing selama beberapa bulan di sebuah bandar tepi laut.
Seorang hakim Mahkamah Diraja Hove Crown, selatan England menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga bulan terhadap Steve Bouquet yang merupakan seorang bekas pengawal keselamatan berusia 54 tahun.
Dia didapati bersalah membunuh sembilan ekor kucing dan mencederakan tujuh yang lain di bandar peranginan Brighton, demikian menurut Perkhidmatan Pendakwaan Diraja (CPS).
Sebilangan pemilik haiwan berkenaan menghadiri sesi pembacaan hukuman tersebut.
Pemilik-pemilik tersebut menemui kucing mereka dalam keadaan berdarah di depan pintu kediaman masing-masing akibat serangan pisau.
Hakim Jeremy Gold berkata, pembunuhan yang dilakukan Bouquet antara Oktober 2018 hingga Jun 2019 itu adalah kejam dan berterusan.
Bouquet didapati melakukan kesalahan jenayah dan memiliki pisau.
Dia berdepan pertuduhan melakukan jenayah kerosakan dan bukan kekejaman terhadap haiwan kerana Bouquet tidak memiliki haiwan tersebut.
“Pertuduhan ini juga membawa hukuman yang lebih serius,” kata CPS.
Bouquet beroperasi pada waktu malam dan polis pada mulanya sukar mencari petunjuk.
Namun, dia kemudian dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) setelah pemilik kucing pertama yang dibunuh memasang kamera di luar rumahnya.
Rakaman CCTV menunjukkan Bouquet pergi kepada seekor kucing dan menikam haiwan itu dengan pisaunya.
Kucing itu berlari pulang ke rumah pemiliknya dan kemudian mati. Pemilik haiwan itu kemudian menjejaki kesan darah dan melihat terdapat kamera CCTV, lapor akhbar The Times.
Dua hari kemudian, pemilik rakaman itu melihat Bouquet dan menghubungi polis.
Motif serangan kejam itu masih tidak jelas walaupun polis mendapati dia telah melakukan carian internet untuk video anjing menyerang kucing. K Online
Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing
Baca Artikel Menarik :
- Beza antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan Ordinan Darurat – Prof Shamrahayu
- Permansuhan Darurat. Kuasa siapa ? [Video]
- Sumbat belut dalam anu mahu ubati sembelit
- Tiara lepas ‘gian’ selepas 17 tahun tidak berlakon
- Fara Fauzana kembali ke Hot FM
- Resepi mushroom soup garlic bread memukau
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.