Zehra jadi tumpuan di Olimpik 2020

Zehra jadi tumpuan di Olimpik 2020

TOKYO – Temasya sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik Tok­yo 2020 sememangnya menarik perhatian seluruh dunia terutama penyertaan pasukan bola tampar wanita Turki pada edisi ke-32 itu.

Kehadiran atlet berusia 22 tahun, Zehra Gunes bersama pasukan Turki di Olimpik Tokyo menjadi tumpuan lensa kamera media antarabangsa ke­rana wajah manis selain memiliki ketinggian 1.97 meter (m).

Bagaimanapun, penyertaan sulung Zehra bukan dinilai dari paras rupa sebaliknya kepantasannya dan prestasi di dalam gelanggang menjadi pilihan jurulatih Giovanni Guidetti pada saingan Olimpik Tokyo.

Justeru, Zehra meletakkan harapan tinggi mereka mampu melakukan kejutan di bumi Tok­yo terutama untuk menaiki podium selepas meraih kemena­ngan pertama dengan membenam China 3-1.

Pasukan Turki di undi dalam kumpulan maut apabila dile­takkan bersama China, Amerika Syarikat, Itali, Rusia dan Argentina.

“Kami berpendapat bahawa juara Olimpik kali ini adalah salah satu pasukan daripada kumpulan ini. Sudah pasti ia bukan satu tugas mudah. Impian kami adalah untuk menaiki podium dan mencatat satu keputusan yang membanggakan negara kami Turki.

“Pasukan kami tidak mudah mengalah dan bagi saya tiada masalah meskipun menentang pasukan yang sangat kuat.

“Kita pernah menghadapi situasi sukar dan saya harap segalanya berjalan dengan baik. Kami mengharapkan keajaiban dan kembali dengan kejayaan,” tambahnya. K Online

Zehra jadi tumpuan di Olimpik 2020


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker