Umno perlu tubuh kerajaan interim – Khaled

Umno perlu tubuh kerajaan interim dengan 3 mandat, kata Khaled

Umno mesti mengusahakan penubuhan kerajaan interim yang memegang hanya tiga mandat, iaitu mengurus ekonomi, krisis kesihatan dan mentadbir negara untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presidennya, Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, kerajaan interim ini akan terhenti fungsinya apabila PRU diadakan.

“Parlimen mesti harus terus bersidang, kebebasan media dan media sosial dijamin, setiap keputusan dan perbelanjaan kerajaan mesti dibentangkan di Parlimen demi kepentingan semak dan imbang serta fungsi Perlembagaan mesti dipulihkan sepenuhnya,” katanya di Facebook.

Katanya, saat Umno terbelenggu dengan nafsu demi kuasa dan kedudukan dalam kerajaan PN telah berakhir, dan wakil rakyat parti itu mesti memilih sama ada untuk berada di pihak Yang di-Pertuan Agong dan rakyat, atau bersama Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN).

Malaysia sedang berada dalam suatu krisis perlembagaan, katanya, dan kenyataan Perdana Menteri semalam tidak menjernihkan keadaan, malah akan menjadikannya semakin meruncing.

“Wakil rakyat Umno hanya mempunyai satu pilihan, iaitu mendukung titah Yang di-Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan raga. Umno tidak akan dan tidak wajar terheret dalam konflik ini.

“Iltizam Umno sedari awal penubuhannya, adalah antara lain mempertahankan institusi Raja. Apa jua tindakan yang tidak selari dengan iltizam tersebut adalah bertentangan dengan nilai, pendirian dan perjuangan Umno,” tambahnya.

Khaled berkata, jalan keluar daripada kemelut ini adalah dengan Umno mengusahakan penubuhan kerajaan interim dan meninggalkan PN.

Ini adalah “lebih baik dan strategik dari membelakangkan kepentingan nasional dalam saat krisis”, tambahnya. FMT

Umno perlu tubuh kerajaan interim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker