Kenyataan PMO bukti Muhyiddin degil

Kenyataan PMO bukti Muhyiddin degil, kata Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata, kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang semalam adalah bukti Muhyiddin Yassin degil dan mahu menegakkan benang basah.

Beliau berkata, Perdana Menteri sepatutnya memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong seperti yang disarankan oleh Menteri Besar Pahang dan Perak.

Katanya, persoalan timbul adakah Ahli Parlimen Umno mahu bersekongkol dengan tindakan Perdana Menteri yang membangkitkan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong.

Puad berkata, Presiden Umno Zahid Hamidi menegaskan tindakan Perikatan Nasional (PN) membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Agong adalah penderhakaan kepada Tuanku dan mengarahkan Ahli Parlimen Umno menzahirkan pendirian menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

“Adakah usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri yang dikemuka oleh Anwar Ibrahim di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (1)(h), 26 (1)(d), dan Peraturan Mesyuarat 36 (12) akan dibenarkan Isnin depan?,” soal Puad di Facebook.

Katanya, disarankan Ahli Parlimen Umno menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan menyatakan pendirian mereka tidak menyokong Perdana Menteri.

“Surat kepada Speaker akan mengabsahkan sama ada Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti melebihi 110 undi. Kecuali sidang Parlimen pada hari isnin ini dibatalkan sebagai jalan selamat untuk Perdana Menteri?,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kenyataan PMO bukti Muhyiddin degil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker