Syor Istana Negara terlibat lebih dalam pentadbiran negara

Syor Istana Negara terlibat lebih dalam pentadbiran negara. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mencadangkan supaya Istana Negara mempertimbang untuk terlibat lebih dalam pentadbiran negara, bagi memastikan kestabilan politik, ekonomi, sosial dan situasi pandemik COVID-19 dapat ditangani dengan sebaiknya.

Cadangan itu susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai lalu, sedangkan Seri Paduka Baginda belum memperkenannya.

Bimbang melihat perkembangan semasa negara ketika ini, Presiden ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, titah dukacita dizahirkan Yang di-Pertuan Agong menunjukkan ketidakharmonian hubungan antara kerajaan dan pihak istana.



Beliau berkata, keadaan itu amat berbahaya bagi sebuah negara yang mengimbangi antara konsep demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“ISMA menyeru agar Perdana Menteri mengambil langkah memohon maaf dan menjernihkan semula hubungan antara kerajaan dan istana agar isu ini tidak berlarutan lalu menjadi lebih buruk.

“Kestabilan negara amat bergantung antaranya kepada hubungan yang baik antara kerajaan dan istana,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lagi gesaan gesa Muhyiddin, Azhar dan Idrus letak jawatan



Ustaz Muhammad Fauzi berkata, ISMA turut menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan mengambil langkah yang lebih bertanggungjawab supaya dapat menguruskan negara selari dengan undang-undang secara telus tanpa ada agenda tersembunyi.

Beliau berkata, membuat keputusan besar di sebalik agenda tersembunyi hanya akan menjebakkan negara dalam banyak masalah pada masa akan datang.

“Pada masa sama, ISMA juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk melakukan apa-apa langkah yang akan memburukkan lagi keadaan.



“Semua pihak perlu bertanggungjawab mengambil tindakan yang tidak memudaratkan negara ke keadaan yang lebih buruk daripada sekarang,” katanya.

Syor Istana Negara terlibat lebih dalam pentadbiran negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




BN Perak, Pahang gesa Muhyiddin, Takiyuddin, mohon ampun Agong

 



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker