Portugal mula beri kelonggaran selepas 50 peratus penduduk lengkap vaksin — MYKMU.NET

Portugal mula beri kelonggaran selepas 50 peratus penduduk lengkap vaksin

Sebaran :

Portugal mula beri kelonggaran selepas 50 peratus penduduk lengkap vaksin

LISBON: Portugal bakal membuka lembaran baharu dalam era pandemik ini dengan Perdana Menterinya menyifatkan ia sebagai kebebasan selepas beberapa kelonggaran akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Antonio Costa, kelonggaran tersebut bakal diberikan selepas sasaran 70 peratus rakyat yang menerima vaksinasi lengkap menjelang akhir musim panas ini.

Kementerian Kesihatan sebelum itu mengumumkan setakat ini, 5.4 juta rakyat negara itu atau 52 peratus populasi berusia 16 tahun ke atas sudah menerima suntikan lengkap.

“Ketika ini lebih 50 peratus rakyat sudah melengkapkan vaksinasi dan kita boleh bergerak ke hadapan.

“Kami telah berjaya mengawal pandemik ini berdasarkan kadar vaksinasi, kerana ketika ini vaksin telah terbukti berkesan dengan pengurangan kes, pengurangan kes yang perlu dirawat di hospital dan pengurangan kes kematian. Jadi strategi ini perlu diteruskan,” katanya.

Kerajaan menyasarkan 70 peratus rakyat negara itu menerima suntikan lengkap dalam tempoh enam minggu akan datang dengan 85 peratus melengkapkan vaksin pada Oktober.

Costa turut mengumumkan beberapa kelonggaran yang bakal diberikan selepas menepati sasaran kadar vaksinasi.

Ia termasuk menamatkan perintah berkurung berkuatkuasa Ahad.

Restoran, kedai serbaneka pula dibenarkan beroperasi sehingga jam 2 pagi.

Bermula September, penggunaan pelitup muka tidak lagi dilaksanakan di kawasan terbuka dan had majlis awam melibatkan orang ramai dinaikkan kepada 75 peratus.-Reuters

Portugal mula beri kelonggaran selepas 50 peratus penduduk lengkap vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]

Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: