MP UMNO pilih nak bersama rakyat, raja atau PN?

MP UMNO pilih nak bersama rakyat, raja atau PN?

Ahli Parlimen UMNO mesti pilih untuk bersama rakyat, raja atau PN – Khaled

UMNO mesti menyelamatkan Malaysia dengan mengusahakan penubuhan kerajaan Interim dengan hanya tiga mandat sahaja.

Mandat tersebut ialah menguruskan ekonomi negara, menguruskan krisis kesihatan dan mentadbir negara demi menyediakan ia untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Interim ini terhenti apabila PRU diadakan.

Tegasnya, Parlimen mesti harus terus bersidang, kebebasan media dan media sosial dijamin, setiap keputusan dan perbelanjaan kerajaan mesti di bentangkan di Parlimen demi kepentingan semak dan imbang serta fungsi Perlembagaan mesti dipulihkan sepenuhnya.

Oleh itu, katanya, adalah lebih baik dan strategik untuk ahli-ahli Parlimen UMNO perlu meninggalkan Perikatan Nasional daripada membelakangkan kepentingan nasional dalam saat krisis ini.

“‘UMNO cannot abandon the nation for Perikatan Nasional” (UMNO tidak boleh mengenepikan rakyat untuk Perikatan Nasional). Apa lagi bila wibawa kerajaan telah punah sepunah-punahnya,” katanya yang menyifatkan kenyataan perdana menteri semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing.

Tambah beliau, wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan iaitu mendukung titah SPB Yang di-Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan raga.

Malah, UMNO tidak akan dan tidak wajar terheret dalam konflik ini. Iltizam UMNO sedari awal penubuhannya, adalah antara lain mempertahankan institusi raja.

”Apa jua tindakan yang tidak selari dengan iltizam tersebut adalah bertentangam dengan nilai, pendirian dan perjuangan UMNO,” jelas beliau lagi.

Menurut beliau, saat UMNO terbelenggu dengan nafsu demi kuasa dan kedudukan dalam Kerajaan PN telah berakhir.

“Wakil rakyat UMNO mesti memilih. Bersama Raja dan rakyat atau bersama dengan Perdana Menteri dan Perikatan Nasional,” ujar beliau. MG

MP UMNO pilih nak bersama rakyat, raja atau PN?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker