Sesi akademik penuntut baharu asasi, diploma secara online

Sesi akademik penuntut baharu asasi, diploma secara online

Putrajaya: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran penuntut baharu bagi program Asasi dan Diploma untuk Sesi Akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula bulan depan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini, berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira situasi semasa dalam negara.

Kenyataan itu menyebut, kementerian itu komited dalam menjayakan aspirasi Kerajaan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi menangani penularan wabak Covid-19. “Bagaimanapun, Universiti Awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan penuntut Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober 2021 atau pada semester berikutnya, bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing,” katanya.

Menurut kenyataan itu, penuntut dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/6628, melayari laman sesawang Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau terus menghubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing. HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Sesi akademik penuntut baharu asasi, diploma secara online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker