PM lepas peluang berkomunikasi secara langsung dengan rakyat

PM lepas peluang berkomunikasi secara langsung dengan rakyat, kata Shahrir Samad

Kepemimpinan Muhyiddin Yassin terlepas peluang untuk membina keyakinan rakyat selepas bertindak menggantung Parlimen sebelum ini ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi, kata veteran Umno, Shahrir Samad.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya melihat Dewan Rakyat penghalang kepada usaha memerangi wabak Covid-19, sedangkan sebagai Ahli Parlimen, Dewan Rakyat dan Perlembagaan adalah punca kuasa dan kedudukan mereka.

Katanya, sekiranya Parlimen tidak digantung sepanjang darurat berjalan, Jemaah Menteri mempunyai peluang untuk berkomunikasi secara terus dengan rakyat.

“Pihak eksekutif berpeluang berkomunikasi secara terus dengan rakyat dan membina konsensus dalam kalangan wakil rakyat supaya krisis kesihatan dan ekonomi rakyat tidak pula menjadi krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara,” katanya di Facebook.

Malah beliau berkata, dari awal lagi dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Proklamasi Darurat, tidak menyebut Parlimen perlu digantung.

“Secara konsisten, kenyataan Istana Negara selepas itu dibawa pandangan Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen harus bersidang.

“Tidak ada apa-apa halangan di bawah Perlembagaan menghalang Parlimen bersidang semasa darurat. Malah Perkara 150 Perlembagaan memberi ruang untuk Parlimen bersidang. Raja Berperlembagaan jelas dan konsisten menghormati demokrasi berparlimen.

“Mungkin ia kerana dalam Jemaah Menteri itu tidak ramai menteri seperti Khairy Jamaluddin. ‘Well done’, YB Khairy,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrir memuji pembentangan laporan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) oleh Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat, semalam.

“Pembentangan hasil kerjanya selaku menteri diberi tanggungjawab program vaksinasi negara dalam Dewan Rakyat membuktikan keyakinan dirinya terhadap tanggungjawabnya,” katanya. FMT

PM lepas peluang berkomunikasi secara langsung dengan rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker