Bung Moktar Masih ‘Kunci Mulut’, Kemelut Politik Sabah Masih Goyah

Bung Moktar Masih ‘Kunci Mulut’, Kemelut Politik Sabah Masih Goyah

Kerajaan Sabah dilihat masih belum stabil susulan perkembangan politik semasa yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia.

Kemelut politik yang berlaku di peringkat Persekutuan ketika ini merupakan ujian kepada pemimpin Sabah, khususnya UMNO Sabah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik Universti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Romzi Ationg berkata, pada masa ini pemimpin UMNO Sabah dilihat mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Mereka hanya akan bertindak selepas kemelut politik di peringkat Persekutuan selesai. Namun, apa yang pasti, kerajaan Sabah masih tidak stabil pada masa ini,” katanya.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Khidmat Komuniti UMS itu berkata, berdasarkan senario politik semasa, beliau tidak menolak kemungkinan akan wujud ‘katak politik’ sekiranya langkah mewujudkan kerajaan interim mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) tidak dilakukan.

Bagaimanapun katanya, terdapat juga kemungkinan PRU akan diadakan setelah negara mencapai imuniti berkelompok.

“Saya melihat hanya PRU jalan penyelesaian terbaik kepada kemelut politik yang sedang berlaku. Apabila diadakan PRU, rakyat diberi peranan untuk menentukan siapa pemimpin yang mereka mahu membentuk kerajaan,” katanya.

Jelas beliau, tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin ingin membuktikan keabsahan beliau selaku Perdana Menteri melalui usul undi percaya dalam persidangan Parlimen pada September bukan sekadar ingin ‘membeli’ masa.

Berkemungkinan beliau (Muhyiddin) sedang berusaha mendapatkan lebih banyak sokongan ahli Parlimen dan mungkin juga, beliau ingin memberi tumpuan kepada usaha menangani pandemik Covid-19.

Pada Selasa, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat untuk terus mengekalkan kerjasama di peringkat negeri Sabah.

Jelas Hajiji, beliau sudah berhubung dengan semua pemimpin parti komponen GRS berkaitan perkembangan politik di Persekutuan dan mereka semua sebulat suara bersetuju bahawa kerjasama di Sabah akan diteruskan.

Namun, sehingga kini, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar masih mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ berhubung kedudukan UMNO di Sabah serta sokongan terhadap Perdana Menteri dan PN. -UTUSAN ONLINE

Bung Moktar Masih ‘Kunci Mulut’, Kemelut Politik Sabah Masih Goyah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laporan polis terhadap Muhyiddin, lagi akan menyusul

Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker