Shuib anggap ada hikmah dijangkiti Covid-19
Shuib anggap ada hikmah dijangkiti Covid-19
Pelawak dan bekas penyampai radio Shuib memaklumkan dia sekeluarga disahkan positif Covid-19 semalam selepas melakukan ujian calitan di kediamannya.
Perkara tersebut dikongsikan ahli perniagaan itu melalui satu hantaran di Instagram miliknya.
“Assalamualaikum semua, hasil ujian calitan semalam kami sekeluarga didapati positif Covid-19.
“Insya-Allah walaupun ujian ini agak berat buat kami sekeluarga, pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini,” katanya.
Malam tadi isteri Shuib, penyanyi Siti Sarah Raissuddin antaranya menyatakan kebimbangannya terhadap bayi yang dikandung selepas pembantu rumahnya didapati positif Covid-19.
Kata penyanyi Sandarkan Pada Kenangan itu, bayi dalam kandungannya pada ketika ini sudah mencecah usia tujuh bulan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 36, memohon dia dan sekeluarga terutama Siti Sarah didoakan agar segera sembuh.
“Doakan kami sekeluarga kembali sihat terutamanya @sitisarahraissuddin yang mengandung 7 bulan,” katanya.
Sementara itu, Siti Sarah, 36, berkata, dia menerima ketentuan Tuhan dengan hati terbuka dan berlapang dada.
Malah memaklumkan, bahawa segala urusan dan perniagaannya akan berjalan seperti biasa.
“Mohon semua doakan kami sekelurga mengharungi 14 hari ni. Kami serahkan semuanya kepada Allah.
“Sarah nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di Instagram ni bagi pihak Sarah.
“Sarah dan keluarga nak kekal positif serta melihat apa yang terjadi ni sebagai suatu hikmah. Doakan Sarah dan keluarga segera sembuh ya, terima kasih,” katanya. Mk
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Shuib anggap ada hikmah dijangkiti Covid-19
Baca Artikel Menarik :
- Bekas ketua jabatan didakwa 20 pertuduhan rasuah [VIDEO]
- Sebab musang king, peniaga rugi RM414,939
- Dana politik: Kenapa perlu rahsia
- Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri, Enggan Berdepan Peserta Israel
- Kerusi Zahid masih diblok kerajaan, Speaker kata tiada permohonan tukar kedudukan
- Speaker jangan berselindung di belakang Peraturan Mesyuarat