Terlupa pakai ‘mask’ pula, Tajuddin dikompaun polis

Sebaran :

Terlupa pakai ‘mask’ pula, Tajuddin dikompaun polis. Polis mengeluarkan notis kompaun terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, hasil siasatan mendapati Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika bersama dengan seorang individu di ruang legar Parlimen.

Menerusi kenyataan, Beh berkata pihaknya mengesan muat naik di Twitter @sultanoftasik memaparkan gambar Tajuddin di Parlimen tanpa memakai pelitup muka di kawasan Parlimen.

“Hasil siasatan mendapati Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman telah menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021.

“Pada hari yang sama sekitar jam 2.30 petang hari itu, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu di ruang legar Parlimen,” katanya.

Beh berkata, notis kompaun telah dikeluarkan kepada Ahli Parlimen itu pada 1 tengah hari ini, namun jumlah kompaun akan diputuskan oleh pejabat kesihatan daerah tidak lama lagi.

Terlupa pakai ‘mask’ pula, Tajuddin dikompaun polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Agong boleh batal darurat bila-bila masa, tak perlu maklum Parlimen – Penganalisis

 


Sebaran :

Leave a Reply