Sepinggan Kentang Goreng Ini Harganya RM800! Catat Rekod Dunia…

Sepinggan Kentang Goreng Ini Harganya RM800! Catat Rekod Dunia…

ADA sesetengah orang tidak lokek mengeluarkan wang yang banyak demi makanan enak di restoran termuka, namun sanggupkan anda membayar RM800 hanya untuk sepinggan kentang goreng?

Menerusi Instagram restoran itu, ia menjelaskan kentang goreng itu dijual bersempena sambutan Hari Kentang Goreng yang disambut pada 13 Julai di Amerika Syarikat.



Tapi apa yang membuatkan hidangan kentang goreng itu dinobatkan sebagai termahal di dunia?

Menu itu dimasak oleh Ketua Kreatif Serendipity3, Chef Joe Calderone bersama Chef Eksekutif, Frederick Schoen-Kiewert menggunakan kentang chipperbeck selain beberapa ramuan lain termasuk garam truffle guerande dan minyak truffle urbani.

Sebagai pelengkap rasa, kentang goreng itu turut dihiasi dengan parutan keju crete senesi pecorino tartufello.



Tidak hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi, kentang goreng itu juga dihidangkan di atas pinggan kristal serta taburan emas 23 karat yang boleh dimakan.

Menu ini sendiri bukan yang pertama dibuat Serendipity2 malah sebelum ini mereka pernah tampil dengan menu milkshake, sandwich dan pencuci mulut termahal di dunia!

Sumber: Instagram Serinditypity3nyc

Sepinggan Kentang Goreng Ini Harganya RM800! Catat Rekod Dunia…




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis



Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker