MP Pembangkang hanya menang jerit, tiada idea baru

MP Pembangkang hanya menang jerit, tiada idea baru.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengatakan bahawa ahli parlimen pembangkang tidak mengemukakan idea berguna untuk negara semasa persidangan khas Dewan Rakyat.

“Pembangkang asyik terjerit-jerit membantah setiap satu yang kerajaan sebut. Bantah hanya untuk membantah dan meruntuh negara. Bukan untuk membina.

“Hakikatnya ialah kerajaan ini sudah buat yang terbaik dan pembangkang tiada idea baru,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Saiful berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan “jiwa besar”dengan mengakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna.

“Sepatutnya gunalah peluang berikan idea baru untuk tambah baik apa yang digariskan kerajaan,” kata Wan Saiful.

Dia mendesak semua pengkritik, terutama pembangkang, untuk mengetepikan “fanatik politik” dan benar-benar membantu usaha menangani Covid-19.

“Ini masa untuk berjiwa besar. Perdana menteri sudah buka jalan untuk kita bersama-sama dalam satu saf untuk menjaga dan membina semula negara.

“Pembangkang juga patut mencontohi PN dalam berjiwa besar demi negara.

“Nanti bila sampai PRU15, kita bersainglah secara sihat. Sekarang bukan masanya untuk melayan mereka yang mengejar cita-cita peribadi atau mereka yang cuba menyelamatkan diri dari kes mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menuduh pembangkang sengaja membuat kecoh mengenai isu daruray ketika Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berucap.

“Semua tipu daya ini tidak lain hanyalah sebuah pertunjukan politik untuk merampas, menggunakan keadaan rakyat sebagai jalan untuk tujuan mereka.

“Dan sebilangan liberal ini tiba-tiba menjadi promonarki? Hipokrit. DNA politik mereka tidak menyukai institusi seperti itu,” katanya.

Sejak dua hari lalu, ahli parlimen pembangkang berulang kali menuntut penjelasan dari eksekutif mengenai dakwaan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan bahawa semua ordinan darurat yang diumumkan dalam tempoh darurat tahun ini telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Sehingga jam 6.15 petang hari ini, tidak ada pewartaan persekutuan yang menunjukkan pembatalan itu.

MP Pembangkang hanya menang jerit, tiada idea baru

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib persoal status keabsahan kerajaan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker