Setan penipu masanya semakin hampir

Setan penipu masanya semakin hampir. Aktivis, Caprice mencetuskan persoalan ramai pihak selepas memuat naik satu perkongsian berunsur kontroversi di Instagram baru-baru ini.

Menerusi satu entri di laman sosial berkenaan, Caprice mengingatkan rakyat Malaysia agar bersiap sedia menghadapi kebenaran yang bakal dirungkai tidak lama lagi.

“Teguh bersama kebenaran, Malaysia. bersedialah, ia bakal muncul. Syaitan itu berbohong, berpura-pura dan menjual kemanisan. Tetapi Allah perancang terbaik. masanya semakin hampir,” tulisnya.



Perkongsian yang memaparkan imej syaitan itu menerima 49,281 likes setakat ini.

Selain itu, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli turut bertindak menutup ruangan komen bagi entri berkenaan.

Terdahulu penyanyi rap ini mencetuskan kontroversi selepas mendedahkan pelbagai dakwaan terhadap Ebit ketika berhubung misi kemanusiaan di Gaza, baru-baru ini.

Susulan itu, Ebit telah membuat laporan polis dan menyekat Caprice daripada akaun Instagramnya.



Setan penipu masanya semakin hampir

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tiada laporan video lucah, gangguan seksual babit pendakwah terkenal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker