Ladang haram kelapa sawit dalam hutan simpan dimusnahkan

Ladang haram kelapa sawit dalam hutan simpan dimusnahkan. Kegiatan penduduk sekitar daerah ini menceroboh Hutan Simpan Kuala Langat Selatan bagi melakukan penanaman haram kelapa sawit dimusnahkan dalam Ops Langat oleh pihak berkuasa, hari ini.

Operasi bersepadu dijalankan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Polis Diraja Malaysia itu bermula pukul 10 pagi melibatkan keluasan 11 hektar keseluruhannya iaitu bagi tanaman yang berusia dua hingga lima tahun.

Timbalan Pengarah (Operasi Hutan) JPNS, Norddin Noor berkata, arahan penguatkuasaan itu diberikan kerajaan negeri untuk kompartmen 17 dan 19 di hutan tersebut bagi mengelakkan kemusnahan hutan yang merupakan kawasan sumber air di negeri ini.

Tambahan, katanya, Hutan Simpan Kuala Langat seluas 6,400 hektar itu merupakan satu-satunya hutan paya gambut yang terdapat di negeri ini.

“Aktiviti penanaman sawit ini adalah antara punca kebakaran terbuka berlaku di sini sehingga menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian mencecah RM2 juta dalam tempoh setahun bermula hujung 2019.

“Tahun ini sahaja, hampir RM600,000 kerugian dicatatkan. Operasi ini menggunakan kekuatan lebih 50 anggota selain penggunaan tiga jengkaut dalam tempoh empat hari,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Op Langat itu.

Berdasarkan rekod, seluas 2.8 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan musnah akibat pembakaran terbuka dilakukan petani haram pada 27 Jun lalu.

Beliau berkata, siasatan mendapati penceroboh akan memasuki hutan simpan ini menerusi laluan tikus yang banyak terdapat di lokasi ini dengan menggunakan motosikal pada waktu maghrib dan sekitar pukul 5 hingga 6 pagi.

Kosmo! difahamkan lot-lot tanah di hutan itu telah dilelong sindiket tertentu bagi mengaut keuntungan walaupun sebenarnya aktiviti tersebut langsung tidak dibenarkan JPNS dalam hutan simpan.

Ladang haram kelapa sawit dalam hutan simpan dimusnahkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada laporan video lucah, gangguan seksual babit pendakwah terkenal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker