Tindakan tegas individu potong gelang pink di Pasar Jelawat

Gambar Hiasan

Tindakan tegas individu potong gelang pink di Pasar Jelawat. Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap tiga individu yang memotong gelang pink sehingga tercetusnya Kluster Pekan Jelawat.

Yang Dipertua PPIK, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima aduan itu minggu lalu daripada orang ramai selepas sepasang suami isteri yang merupakan peniaga dan seorang pelanggan di Pasar Besar Siti Aishah, Jelawat di sini didapati memotong gelang berkenaan.

Katanya, berdasarkan laporan yang diterima, hampir 60 individu merupakan kontak rapat ketiga-tiga individu itu dipercayai telah disahkan positif Covid-19.

“Sehubungan itu, saya berharap ketiga-tiga individu berkenaan dikenakan hukuman yang setimpal kerana ingkar arahan untuk tempoh kuarantin.

Mohd. Fared (tengah) menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang nelayan yang terjejas pendapatan di Jeti Pengkalan Petah, hari ini.

“Kita bimbang sifat mementingkan diri sendiri akan memberi kesan buruk apabila orang ramai terdedah kepada jangkitan Covid-19. Peniaga itu juga didapati memotong gelang pink dan menjalankan perniagaan seperti biasa tanpa mengendahkan keselamatan orang lain,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada nelayan yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Jeti Pengkalan Petah di sini hari ini.

Sehubungan itu, jelas beliau, pihaknya turut memantau keadaan itu dari masa ke semasa agar peniaga yang terlibat mengikuti arahan kuarantin yang ditetapkan.

Setakat ini, Kluster Pekan Jelawat yang tercetus di tempat kerja melibatkan dua daerah iaitu Bachok dan Pasir Puteh dengan lapan kes positif Covid-19 dilaporkan kelmarin

Tindakan tegas individu potong gelang pink di Pasar Jelawat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker