Kumpulan doktor kontrak adakan protes serentak

Sebaran :

Kumpulan doktor kontrak adakan protes serentak

Kumpulan doktor kontrak di hospital-hospital kerajaan mengadakan protes di seluruh negara pagi ini bagi menuntut jaminan pekerjaan dan peluang kerjaya yang lebih baik.

Difahamkan, kumpulan doktor itu mengadakan protes meskipun menerima tekanan daripada pihak atasan yang mengancam akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang menyertai ‘Hartal Doktor Kontrak’ (HDK).

Ramai daripada mereka membawa plakad dan poster berwarna hitam dengan mula meninggalkan hospital masing-masing secara serentak pada jam 11 ​​pagi ini.

Antara lokasi berkenaan termasuk Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, dan pusat kuarantin Covid-19 di Maeps, Serdang.

Menurut penganjur, doktor-doktor kontrak di hospital di negeri lain juga mengadakan protes yang serupa.

Pegawai perubatan yang dilantik secara kontrak sebelum ini mendesak kerajaan memberi jaminan pekerjaan dan prospek kerjaya yang lebih baik kepada mereka.

Doktor kontrak junior juga menghadapi risiko kehilangan kerja setelah tamat tempoh lima tahun latihan mereka di hospital kerajaan.

HDK memaklumkan doktor kontrak juga tidak tertakluk untuk menerima faedah seperti yang diperolehi rakan sekerja mereka yang dilantik ke jawatan tetap, termasuk peluang memperkembangkan kerjaya mereka dalam bidang pengkhususan.

Pada Jumaat lalu, kerajaan menawarkan lanjutan kontrak kepada doktor kontrak sehingga empat tahun.

Namun Perdana Menteri memberi jaminan akan memastikan mereka menerima faedah yang serupa dengan doktor tetap.

Hartal Doktor Kontrak menyifatkan jaminan itu sebagai “setengah masak” dan berikrar meneruskan rancangan mereka mengadakan protes hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah meminta doktor kontrak tidak menyertai protes hari ini dengan mengingatkan mereka akan sumpah jawatan. Mk

Kumpulan doktor kontrak adakan protes serentak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dalam masa 6 jam, 20 amaran terhadap doktor kontrak


Sebaran :

Leave a Reply