Imam dipecat kerana baca surah Ahzab dalam khutbah

Sebaran :

Imam dipecat kerana baca surah Ahzab dalam khutbah

PARIS – Seorang imam di masjid di wilayah Loire, Perancis dipecat selepas beliau membaca surah dan hadis semasa khutbah solat sunat Aidiladha yang dianggap ‘bertentangan dengan nilai rupublik’ oleh Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmain.

Imam Masjid Besar Saint-Chamond, Mmadi Ahamada yang berketurunan Comoros berkongsi hadis dan ayat dalam surah Ahzab dalam khutbahnya.

Seorang ahli Majlis Perbandaran daripada parti Republican, Isabelle Surply meminta pejabat Gabenor Loire memecat imam tersebut dan memastikan permit pemastautinnya tidak diperbaharui atas alasan ‘kenyataan tersebut tidak dapat diterima’ dan ‘mereka menentang kesamarataan jantina’.

Bercakap kepada laman sesawang, Le Progres, Ahamada berkata, beberapa kenyataan dan ayat dalam khutbah yang disampaikannya itu diambil di luar konteks dan Le Progres menggunanya.

“Wanita kami tidak tinggal di rumah, mereka menjadi doktor, jurutera dan juruterbang,” tambah beliau.


Mmadi Ahamada

Dalam mesejnya di laman media sosial, pentadbiran masjid tersebut mengumumkan imam berkenaan telah dipecat.

Pejabat Gabenor Loire berkata, pihaknya sedang berusaha untuk tidak memperbaharui permit pemastautin imam itu.

Sementara itu, imam Mahdi yang mengkritik cara pemakaian beberapa wanita Muslim dalam khutbahnya pada 4 Jun lalu di Masjid Gennevilliers di wilayah Hauts-de-Seine turut ditamatkan perkhidmatan menerusi arahan Darmain.

Menteri Dalam Negeri itu meminta Gabenor tersebut masuk campur dan menggantung aktiviti masjid jika khutbah yang sama diulang, menggunakan kaedah baharu membenarkan undang-undang ‘untuk memperkukuhkan penghormatan kepada prinsip republik’ yang mana kumpulan hak asasi berkata ia memberi risiko kepada diskriminasi.

Selepas mesyuarat diadakan di Hauts-de-Seine, imam tersebut dipecat.

Pada Jumaat lalu, Darmain mengumumkan tugas kedua-dua imam terbabit telah ditamatkan.

“Berhubung permintaan saya, dua imam yang menyampaikan khutbah yang tidak dapat diterima di Hauts-de-Seine dan Loire telah dipecat.

“Kami akan memerangi mereka yang menentang undang-undang dan nilai rupublik,” katanya dalam akaun Twitter.

Menurut akhbar Le Figaro, Menteri Dalam Negeri itu turut menyasarkan Masjid Roubaix yang didakwa tidak membenarkan wanita memasukinya bermula pandemik Covid-19.

Pentadbiran daerah utara negara itu sedang menunggu penjelasan daripada pentadbiran masjid tersebut, menurut akhbar berkenaan.

Pada lewat Jumaat lalu, peguam hak asasi manusia, Sefen Guez mengkritik Menteri Dalam Negeri Perancis itu kerana menyasarkan imam-imam dangan meminta Gabenor memecat mereka.

“Masjid Saint-Chamond mengesahkan apa yang semua orang tahu, imam dilantik oleh Gabenor di Perancis,” katanya dalam akaun Twitter.

Pakar media, Sylvain Tirreat menuduh Darmain mempunyai perasaan benci terhadap Islam dan berkata, Menteri Dalam Negeri itu tidak akan berputusa asa dalam percubaaanya menentang Muslim.

Sementara itu, satu kempen petisyen dilancarkan di Perancis untuk menyokong Ahamada. MG

Imam dipecat kerana baca surah Ahzab dalam khutbah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


#IsraelKoyak kembali hangat di Olimpik


Sebaran :

Leave a Reply