Saya kuarantin kendiri, tiada gejala

Saya kuarantin kendiri, tiada gejala

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berada dalam keadaan baik dan menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan positif COVID-19, semalam.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mengalami sebarang gejala termasuk batuk atau selsema dan bekerja seperti biasa secara dalam talian.



“Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini,” katanya melalui Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan kelmarin.

Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani ujian berkenaan sebagai langkah keselamatan bagi menghadiri Sidang Khas Parlimen esok.



Presiden UMNO itu turut menyatakan, iltizamnya untuk rakyat dan negara tidak sesekali goyah dengan apa yang berlaku.

“Saya akan terus berkhidmat dengan kapasiti yang ada. Doakan saya untuk terus berjuang,” katanya. BH

Selain itu seramai 35 petugas Parlimen turut disahkan positif Covid-19.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 selama lima hari bakal berlangsung bermula esok hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Saya kuarantin kendiri, tiada gejala


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Joget di hotel dalam majlis Bersatu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker