Terpaksa ‘bohong sunat’ untuk bawa ibu dapatkan suntikan vaksin
Terpaksa ‘bohong sunat’ untuk bawa ibu dapatkan suntikan vaksin.Dua beradik warga emas di sini mengakui terpaksa berbohong bagi membawa ibu mereka yang berkerusi roda mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pada Program Pemberian Vaksin Rakyat Prihatin di Bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini pada Sabtu.
Basir Hassan, 69, dan kakaknya, Zaiyan Hassan, 75, tidak mahu melepaskan peluang membawa ibu mereka, Hawa Yeob Abdul Rahman, 92, untuk mendapatkan suntikan dos pertama.
Menurut Basir, ibunya yang mempunyai masalah daya ingatan lemah dan menghidap tekanan darah tinggi sebelum ini tidak pernah mendaftar dalam aplikasi MySejatera.
“Sebenarnya emak tidak tahu hari ini dia kena suntik vaksin, kami beritahu hendak bawa emak jumpa doktor untuk periksa keadaan kesihatannya. Kami terpaksa berbohong demi kebaikan emak,” katanya.
Basir berkata, inisiatif Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang menganjurkan program itu secara terus atau ‘walk in’ bagi mereka yang tidak menerima janji temu disifatkan usaha yang baik bagi mempercepatkan vaksinasi kepada rakyat.
“Proses membawa emak ke tempat pemberian vaksin juga lancar dan tidak perlu bersesak dengan orang ramai, malah saya dapat menurunkan emak di hadapan pintu masuk,” katanya.
Ujar Basir, lebih menggembirakan, kedatangan mereka disambut ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin yang turut membawa ibunya menggunakan kerusi roda ke pusat pemberian vaksin.
“Terima kasih YB (Yang Berhormat) kerana membantu melancarkan proses vaksinasi emak saya pada hari ini,” jelasnya.
Sementara itu, Mohd Imran berkata, seramai 150 penduduk di DUN Sungai Panjang yang masih belum menerima janji temu untuk mendaftar di Pusat Khidmat ADUN Sungai Panjang bagi menerima suntikan Covid-19 pada Sabtu.
Beliau berkata, inisiatif yang dilakukan itu diharap dapat membantu usaha kerajaan bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat.
“Program hari ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4 petang di mana kesemua mereka akan menerima suntikan dos kedua pada 14 Ogos depan,” katanya.
Terpaksa ‘bohong sunat’ untuk bawa ibu dapatkan suntikan vaksin
Baca Artikel Menarik :
- Lawan protest tomorrow, cops warns Malaysians against joining
- Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja
- Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama
- Lelaki peras ugut, tawar khidmat seks dalam talian ditahan
- Isteri Misbun Sidek meninggal dunia
- Resepi Ayam Kung Pao Juicy
Rina langsai hutang RM1.3 Juta, Ahli Parlimen minta SPRM jelaskan