Tauke emas agih durian percuma secara pandu lalu

Tauke emas agih durian percuma secara pandu lalu. Bagi membantu mengurangkan lambakan durian, seorang usahawan emas membeli 1.2 tan buah tersebut daripada tujuh pekebun untuk diagihkan  percuma kepada orang ramai di sekitar daerah ini hari ini.

Pelbagai jenis durian dibeli secara borong dari pekebun di Dabong, Kuala Krai, dan diagihkan secara pandu lalu kepada kepada 700 penerima di sekitar Jalan Pasir Pekan, di sini, bermula pukul 2.30 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif MZ Gold, Murtadhatumizi Mustapha berkata, pihaknya berharap cara itu dapat membantu orang ramai yang tidak mampu membeli durian merasai keenakan raja buah tersebut.

“Setiap penerima kita akan agihkan dua biji dan kita ambil masa hampir sejam untuk menghabiskan muatan durian yang diisi dalam dua kenderaan pacuan empat roda,” katanya hari ini.

Murtadhatumizi berkata, beliau membeli durian secara borong sebanyak RM7,000 untuk agihan pada hari ini dan merancang melakukannya secara berterusan bagi membantu pekebun mengatasi kerugian disebabkan berlaku lambakan durian.

Seorang penerima, Mariam Mamat, 48, berkata, ketika melalui jalan tersebut, dia segera berhenti untuk mendapatkan durian percuma.

“Sebelum ini saya tidak mampu untuk membeli durian kerana harganya yang mahal selain tidak boleh rentas daerah untuk beli durian murah di daerah lain.

“Dengan adanya durian percuma ini, dapatlah keluarga saya merasainya,” katanya.- UTUSAN

Tauke emas agih durian percuma secara pandu lalu

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


35 individu termasuk Ahmad Zahid, Annuar Musa, Nik Abduh positif Covid-19

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker