Kanak-kanak hilang dikhuatiri terjatuh ke sungai
Kanak-kanak hilang dikhuatiri terjatuh ke sungai

KUCHING : Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan bagi mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dikhuatiri terjatuh ke Sungai Daro di Kampung Panchor, Daro, dalam Bahagian Mukah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.28 petang.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal daripada ahli keluarga, Aqilla Nasuha Shamsol, dipercayai keluar melalui pintu belakang rumah tanpa disedari ibu bapanya.
Katanya,, kira-kira jam 1 tengah hari, bapa mangsa yang berusaha mengesannya, menemui kesan tapak kaki dipercayai kanak-kanak itu menghala ke arah sungai.
“Selepas itu bapa mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan SAR diaktifkan membabitkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
“Operasi itu turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung,” katanya.
Jurucakap PGO berkata usaha pencarian tertumpu di kawasan tebing sungai serta hutan dalam radius 500 meter di belakang rumah keluarga mangsa.
Sehingga jam 6 petang tadi, SAR gagal menemui petunjuk baharu selain kesan tapak kaki.
Berikutan itu, pencarian ditangguhkan dan akan disambung semula hari ini.
Kanak-kanak hilang dikhuatiri terjatuh ke sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.