Kumpul RM700 ribu dalam masa tak sampai 24 jam, bukti Syed Saddiq dapat sokongan
Kumpul RM700 ribu dalam masa tak sampai 24 jam, bukti Syed Saddiq dapat sokongan. Kemampuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumpul dana daripada orang awam sehingga lebih RM700,000 dalam tempoh kurang dari 24 jam menunjukkan begitu ramai penyokong bekas menteri tersebut, kecuali Pemuda Perikatan Nasional.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata keadaan itu bagaimanapun tidaklah pelik atau mengejutkan jika melihat kepada pendirian ketuanya Khairil Nizam Khirudin.
Katanya ia sesuai dengan kedudukan Khairil Nizam sebagai ketua Pemuda PAS, parti yang kini menolak usaha membenarkan rakyat Malaysia menjadi pengundi seawal usia 18 tahun.
Anggota Dewan Negara itu menambah, PAS menunjukkan menanggap golongan muda sebagai kelompok rakyat yang belum matang untuk menentukan sikap memilih pemimpin negara walaupun sebelum menjadi kerajaan mereka berpendirian sebaliknya.
“Berbanding dengan pemimpin Pemuda Umno dulu dan sekarang yang lebih agresif menyokong penyertaan orang muda, Pemuda PAS menunjukkan sikap sebaliknya, lemah serta menyedihkan dan meletakkan mereka sebaris dengan Pemuda Bersatu, MCA, dan MIC,” katanya.
Menurut Raja Kamarul Bahrin apa yang lebih menarik dilihat ialah, Pemuda Umno sendiri tidak senada dengan Khairil Nizam yang menyerang Syed Saddiq.
Semalam ahli parlimen Muar itu mengumumkan dia menutup kempen pendanaan awal bagi mengumpul wang membayar kos guaman serta ikat jamin dalam kes mahkamahnya.
Kelmarin bekas menteri belia dan sukan itu didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dia didakwa menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1.12 juta.
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah dan menganggap pertuduhan tersebut bermotifkan politik. Hakim membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM330,000. Ia mendorong bekas ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu melancarkan kempen pendanaan awam.
Malam tadi kempen itu ditamatkan selepas dana yang terkumpul melebihi sasaran awal.
Khairil Nizam yang mengulas pendakwaan tersebut berpendapat pandangan dibuat ketua penaja parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) atas pendakwaan itu sebagai “amat mengecewakan.”
Dia juga mendakwa kenyataan Syed Saddiq sebagai tuduhan yang liar, tidak matang dan tidak berasas serta mempunyai agenda tersendiri.
Raja Kamarul Bahrin berkata sebagai ketua pemuda, Khairil Nizam seharusnya menunjukkan rasa simpati dan solidariti terhadap Syed Saddiq.
“Sebagaimana pemimpin senior atau lama dalam PAS, Khairil Nizam dilihat tiada arah tuju politik yang jelas dan mempamerkan kepimpinan yang lemah, hanya mengikut telunjuk perdana menteri agar boleh terus berkuasa,” katanya.
Kumpul RM700 ribu dalam masa tak sampai 24 jam, bukti Syed Saddiq dapat sokongan
Baca Artikel Menarik :
- Lawan protest tomorrow, cops warns Malaysians against joining
- Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja
- Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama
- Lelaki peras ugut, tawar khidmat seks dalam talian ditahan
- Isteri Misbun Sidek meninggal dunia
- Resepi Ayam Kung Pao Juicy
Rina langsai hutang RM1.3 Juta, Ahli Parlimen minta SPRM jelaskan
You must be logged in to post a comment.