Jururawat keletihan beri vaksin kosong

Sebaran :

Jururawat keletihan beri vaksin kosong

Ada jururawat dakwa keletihan punca beri suntikan vaksin kosong – KJ

Ada jururawat mengakui keletihan menjadi punca dirinya tersilap memberikan vaksin kosong kepada penerima.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya telah mengenal pasti perkara itu dan tindakan sudah dibuat.

“Di PPV (Pusat Pemberian Vaksin) Sungai Petani, seorang jururawat telah mengakui memberikan vaksin kosong disebabkan keletihan yang dihadapi beliau.

“Surat amaran telah diberikan kepada jururawat tersebut,” katanya dalam sidang media Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Selain itu, menurut Khairy, CITF juga mengakui terdapat sebanyak 13 laporan polis berhubung dakwaan pemberian dos vaksin kosong.

Khairy berkata, antara kes itu adalah kes vaksin kosong dan dua kes ketidakpastian sama ada penerima menerima vaksin mereka atau tidak.

“Dua kes di PPV Banting dan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia di mana mereka diberikan dos tambahan disebabkan ketidakpastian mereka diberikan vaksin,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pihaknya mendapati kes-kes itu tiada kaitan langsung dengan sindiket jualan temujanji vaksin.

“Daripada laporan polis yang dibuat tiada kaitan langsung dengan sidiket penjualan vaksin. Ada kes yang disiasat terhadap penjualan vaksin tetapi polis telah maklumkan kepada saya bahawa setakat ini tiada kaitan dengan kes itu.

“Beberapa kes sudah selesai ekoran salah faham dan telah dipadamkan di media sosial pengadu,” katanya lagi.

Antara lain, Khairy berkata, laporan-laporan polis yang dibuat adalah dakwaan tidak mengalami kesan sampingan selepas suntikan dos vaksin, tidak mengalami lenguh-lenguh tangan dan banyak lagi.

“Kesan sampingan daripada vaksin berbeza dari seorang ke seorang yang lain, saya tidak dapat apa-apa kesan sampingan daripada vaksinasi saya tetapi oleh kerana vaksinasi saya dibuat secara langsung dan dipaparkan, saya rasa tidak ada tuduhan vaksin kosong.

“Ada yang dapat vaksin terima kesan sampingan dan ada yang tidak merasa kesan sampingan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, CITF berkata, pihaknya akan membenarkan kembali penerima-penerima vaksin untuk merakam proses vaksinasi mereka di PPV.

Langkah itu bagi memastikan tidak berlaku apa-apa keraguan terhadap proses pemberian vaksin itu.

“Saya telah memohon kebenaran daripada KKM supaya penerima vaksin untuk merekodkan suntikan vaksin mereka supaya ada bukti kukuh bahawa mereka menerima dos yang penuh.

“Saya harap perkara ini dapat selesai disini kerana tidak mahu mengganggu keseluruhan barisan hadapan dalam melaksanakan tugas mereka yang sedikit sebanyak terganggu mutakhir ini,” katanya lagi. MG

Jururawat keletihan beri vaksin kosong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen


Sebaran :

Leave a Reply