Satu daripada 13 laporan polis disebabkan kecuaian

Satu daripada 13 laporan polis disebabkan kecuaian

PUTRAJAYA – Hanya satu daripada 13 laporan polis dibuat berhubung isu suntikan vaksin Covid-19 kosong disahkan akibat kecuaian petugas kesihatan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes tunggal itu dikesan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah.

Beliau berkata, kes itu adalah satu-satunya kes yang mana jururawat terbabit mengaku berlaku kecuaian disebabkan keletihan dialaminya.

“Amaran sudah diberikan kepada jururawat terbabit oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan jururawat terbabit akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya pada sidang akhbar mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

Khairy Jamaluddin berkata, dua lagi kes yang dilaporkan adalah mengenai ketidakpastian sama ada penerima menerima vaksin mereka atau tidak.

“Dua kes itu dikesan di PPV Banting dan PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di mana mereka diberikan dos tambahan disebabkan ketidakpastian mereka diberikan vaksin.

“Hasil laporan polis juga mendapati, kes-kes itu tiada kaitan langsung dengan sindiket jualan janji temu vaksin,” katanya.

Katanya, beberapa kes lain juga sudah selesai ekoran salah faham dan telah dipadamkan di media sosial pengadu. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Satu daripada 13 laporan polis disebabkan kecuaian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker