Enggan lawan pemain Israel, atlet Algeria tarik diri dari Olimpik Tokyo

Sebaran :

Enggan lawan pemain Israel, atlet Algeria tarik diri dari Olimpik Tokyo. Sehari sebelum Sukan Olimpik Tokyo dimulakan secara rasmi, atlet judo dari Algeria, Fethi Nourine (bawah 73kg) dilaporkan menarik diri dalam perlawanan bagi mengelakkan kemungkinan berdepan pesaing dari negara haram Israel.

Mengikut jadual, Nourine akan menghadapi atlet Sudan, Mohamed Abdalrasool pada hari Isnin untuk pertarungan pertama, dan akan menentang Tohar Butbul dari Israel pada pusingan berikutnya.

Bercakap dengan sebuah stesen televisyen Algeria pada Khamis, Nourine menegaskan, sokongan politiknya untuk perjuangan Palestin menjadikannya mustahil untuk bersaing dengan seorang atlet dari Israel.

“Kami banyak berusaha untuk sampai ke Olimpik… tetapi perjuangan Palestin lebih besar daripada semua ini,” katanya, sambil menambah bahawa keputusannya adalah ‘muktamad’.

Ini bukan kali pertama Nourine menarik diri daripada perlawanan untuk tidak menghadapi pesaing Israel, setelah menarik diri dari kejuaraan dunia 2019 di Tokyo.

Selain Nourine, atlet Iran juga diserang kerana enggan berdepan dengan pesaing mereka dari Israel. – Agensi

Enggan lawan pemain Israel, atlet Algeria tarik diri dari Olimpik Tokyo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azizulhasni dedah ‘senjata’ RM13 juta hadapi Olympik Tokyo

 


Sebaran :

Leave a Reply