Benarkan rakaman video ketika vaksin – MMA

Sebaran :

Benarkan rakaman video ketika vaksin – MMA

Penerima vaksin harus dibenarkan mengambil gambar atau video mereka ketika menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Persatuan perubatan itu juga meminta semua pemberi vaksin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menunjukkan picagari yang diisi vaksin dengan betul sebelum melakukan suntikan.

Ini berlaku selepas beberapa individu baru-baru ini mendakwa menerima suntikan picagari kosong.

Dua kejadian seperti itu dirakam menerusi video namun dua pengadu lain mengatakan mereka tidak dibenarkan mengambil video atau gambar ketika proses vaksinasi dilakukan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Presiden MMA, Dr M Subramaniam mencadangkan agar SOP vaksinasi dilaksanakan dengan lebih serius untuk mengelakkan insiden tersebut.

“Kementerian Kesihatan pada 24 Mei telah mengeluarkan arahan yang mewajibkan petugas kesihatan menunjukkan picagari sebelum dan sesudah vaksin diberikan kepada penerima.

“Petugas kesihatan juga harus menggalakkan penerima untuk melihat suntikan yang diberikan.

“Langkah-langkah ini boleh menghilangkan keraguan tentang apakah vaksinasi telah diberikan dengan betul,” katanya.

Benarkan rakaman video

Sejak Mei lalu, beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) melarang penerima daripada merakam gambar ketika menerima suntikan vaksin. Tidak ada peraturan rasmi yang diketahui berhubung perkara itu.

Ini berlaku selepas muncul rakaman video menunjukkan beberapa penerima vaksin tidak menerima dos vaksin yang secukupnya.

Berikutan kejadian itu, kerajaan mengeluarkan peraturan pada 24 Mei kepada semua pemberi vaksin.

Peraturan “tiada gambar, tiada video” ini menjadi perhatian berikutan kes suntikan ‘kosong’ vaksin baru-baru ini.

Subramaniam berpendapa penerima harus dibenarkan untuk mengambil rakaman video.

Tambahnya dengan melihat klip sedemikian akan dapat menggalakkan lebih ramai mendapatkan suntikan vaksin.

“Selagi privasi semua orang dihormati dan tidak menghalang prosedur, sepatutnya okay.

“Bagi banyak orang, mendapatkan vaksin merupakan peristiwa yang bermakna dan penting yang ingin mereka ingati.

“Melihatnya secara positif, mungkin juga mendorong orang lain untuk mendaftar suntikan seperti yang dilihat sekarang di pelbagai platform media sosial,” katanya.

Semalam ahli parlimen pembangkang, Fahmi Fadzil juga menggesa kerajaan membenarkan orang ramai mengambil gambar ketika menerima vaksin. Mk

Benarkan rakaman video ketika vaksin – MMA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bayaran pertama KWSP i-Citra mulai 2 dan 5 Ogos


Sebaran :

Leave a Reply