Pemuda UMNO kecewa dengan Menteri Kewangan
KECEWA TAPI TIDAK SESEKALI MENGALAH!
Saya mengikuti siaran langsung Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul pukul 1.30 tadi dengan penuh harapan. Saya percaya ramai juga menantikan dengan harapan menggunung kiranya ada pengumuman tambah baik Pakej Bantuan PEMULIH sebagaimana yang terkandung dalam 10 #TuntutanRAKYAT.
Malangnya, tiada satupun berita gembira melainkan pengulangan inisiatif yang telahpun dibentangkan oleh PM pada 28 Jun lalu.
Malah dengan bangga mendakwa keprihatinan kerajaan terhadap golongan M40 yang terkesan dengan bantuan khas covid (BKC) RM250 pada bulan Ogos nanti.
Yang rakyat minta, i-Citra sekurang-kurangnya RM10,000 secara lump-sum (sekaligus);
Yang rakyat minta moratorium tanpa faedah terakru.
Yang rakyat minta diperluaskan moratorium kepada agensi Kerajaan seperti LPPSA
Yang rakyat minta ditambah nilai bantuan BPR dan BKC terutamanya untuk golongan M40;
Yang rakyat minta dipercepatkan bantuan kerana dah hampir 6 bulan di bawah Darurat dan lebih 50 hari terkurung tanpa kerja.
Yang rakyat minta dipermudahkan tanpa perlu melalui karenah birokrasi untuk merayu bantuan;
Yang rakyat minta untuk tambahan bantuan kecemasan segera kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan teruk dan gulung tikar akibat PKP yang tiada berkesudahan.
Kami Pemuda UMNO telah melakukan seday upaya termasuk menerangkan sendiri senario kepayahan dan kesengsaraan rakyat kepada Menteri malah kepada TPM.
Saya turut follow-up hampir setiap hari dengan Menteri.
Saya pastikan sebelum Mesyuarat Kabinet setiap minggu hari Rabu, mesej #TuntutanRAKYAT ini harus juga dibangkitkan oleh Menteri-Menteri lain termasuk Menteri Kewangan.
Saya minta maaf kerana masih tidak berupaya merubah pendirian Kerajaan mengenai 10 #TuntutanRAKYAT ini.
Namun kami berjanji untuk terus berusaha termasuk melobi Ahli-Ahli Parlimen untuk terus menekan Kerajaan agar mendengar denyut nadi rakyat dengan membawa suara mereka di Parlimen pula pada minggu hadapan.
Terus berusaha, terus beikhtiar, terus berdoa!
#PemudaJurubicaraRakyat
#UMNOBersamaRakyat
#TuntutanRAKYAT
Asyraf Wajdi Dusuki
Pemuda UMNO kecewa dengan Menteri Kewangan
Baca Artikel Menarik :
- Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan
- Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan
- Pharmaniaga dapat kelulusan bekal 14 juta dos vaksin Sinovac terus kepada kerajaan negeri, syarikat
- Tabby (DOLLA) Tercalon Antara 100 Wajah Tercantik 2021 Bersama Rose Blackpink [VIDEO]
- Seleweng RM1.12 juta, bekas menteri didakwa esok [VIDEO]
- Resepi Kuah Kacang Sedap Sangat
Layari Laman Facebook MYKMU