Ketua balai mini disko positif ganja ditahan kerja

Sebaran :

Ketua balai mini disko positif ganja ditahan kerja

PETALING JAYA: Ketua balai yang positif ganja ketika ditahan dalam serbuan ‘mini disko’ di balai bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dikenakan tindakan tahan kerja bermula hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad yang memaklumkan anggota terbabit turut direman dua hari untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, Azri berkata tujuh lagi yang ditahan dalam serbuan itu pula dibebaskan dengan jaminan.

“Berdasarkan hasil ujian air kencing, pegawai itu dikesan positif dadah jenis ganja. Dia kini ditahan reman selama dua hari untuk siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Menurutnya, kes turut disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kajang.

Katanya, JIPS pula menjalankan siasatan berkaitan salah laku dan pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh mereka.

Semalam, media melaporkan penahanan ketua balai polis (OCS) bersama tiga anggota ketika berhibur dengan empat wanita dalam bilik khas yang dijadikan seperti “mini disko” di balai berkenaan.

Polis menahan OCS yang berpangkat sub inspektor itu, dua koperal dan seorang koperal sokongan serta empat wanita terbabit yang berusia 21 hingga 37 tahun.

Mereka turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen. FMT

Ketua balai mini disko positif ganja ditahan kerja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir


Sebaran :

Leave a Reply