Tiga lori bawa misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik – Polis

Tiga lori bawa misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik – Polis

SHAH ALAM: Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa.

Tindakan itu berikutan tiga buah lori tersebut tidak mempunyai dokumen kebenaran.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut beliau, tiga buah lori seberat tiga tan membawa barangan muatan bagi misi kemanusiaan Ebit Lew ke pantai timur itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lori terbabit dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.

“Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut,” katanya.

Zaiham berkata, kesemua pemandu akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.

Ditanya jika ada menerima panggilan atau pertanyaan daripada pasukan pendakwah terkenal itu, Zaiham berkata, sehingga jam 5 petang Rabu tiada sesiapa daripada pihak terbabit menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Sebelum ini, dalam laman sosial Instagram milik Ebit Lew ada memuat naik status sebanyak 10 buah lori bantuan bergerak menghantar keperluan asas seluruh Malaysia dengan klip video berdurasi 26 saat beberapa hari lalu.-SH

Tiga lori bawa misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik – Polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Polis tahan lelaki tikam jiran buat bising

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker