Najib tanya kenapa dalam ‘lockdown’ kematian Covid-19 semakin meningkat?

Sebaran :

Najib tanya kenapa dalam ‘lockdown’ kematian Covid-19 semakin meningkat?

Biasanya, kematian Covid akan turun di negara-negara lain bila dibuat lockdown.

Tapi di Malaysia, kadar kematian meningkat pula setiap kali PKP dijenamakan semula.

Kematian naik setiap kali nama tukar dari PKP 3.0 ke Total Lockdown ke PPN.



Jumlah kematian bulanan:
Mac 142 (5 sehari)
April 234 (8 sehari)
Mei 1,290 (42 sehari)
Jun 2,374 (79 sehari)
Julai (1-20hb) 2,071 (104 sehari)

Lagi mengejutkan ialah kadar kematian Malaysia semakin meningkat pada ketika purata kematian Covid dunia menurun – malah kadar kematian kita telah melepasi tempoh paling parah bagi negara India yang menjadi berita dunia pada masa itu.

Namun, saya jangka kerajaan tiada pilihan sekarang selain mula melonggarkan lockdown sebab Rakyat sudah lama berkurung tanpa pendapatan dan tidak mampu bertahan lagi.

Kita sudah berkurung 51 hari semasa PKP 2.0 dilaksana dari 13 Jan ke 4 Mac. Kita juga sudah berkurung 71 hari sejak PKP 3.0 bermula pada 12 Mei sehingga hari ini.



Bermaksud dari tempoh 202 hari sejak tahun 2021 bermula, Rakyat sudah bawah PKP sekurang-kurangnya 122 hari (61%). Bakinya, kita di bawah PKPB atau PKPD.

Kita antara negara dalam dunia dengan tempoh lockdown paling lama pada tahun 2021 tapi keadaan kita semakin parah pula.

Saya juga tengok bahawa kerajaan akan memberi kelonggaran ini walaupun jangkitan baharu dan kematian Covid masih pada tahap tinggi sementara menunggu dan mengharap paras vaksinasi yang tinggi boleh menurunkan kes Covid.

Tapi, apa yang akan terjadi jika keadaan Covid tidak menurun atau menurun dengan terlalu perlahan seperti apa yang berlaku di negara Chile yang sudah mencapai tahap vaksinasi cecah 70%?



Sebab itu, saya sekali lagi saran kerajaan untuk memberi keutamaan paling tinggi untuk meningkatkan kapasiti rawatan sistem kesihatan untuk tempoh sementara dari sekarang juga agar semua Rakyat yang sakit dapat diberi perhatian yang sewajarnya.

Sila baca saranan saya di posting saya tadi: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10158019592205952

Jangan hanya guna strategi “Move, tutup. Move, tutup” sebab mereka adalah manusia dan bukan angka.

Kapasiti rawatan perlu diberi bajet maksimum untuk ditingkatkan dalam kadar amat menderitaan dan kritikal ini.

Sebab itu, dari bulan Januari semasa PKP 2.0 mula dilaksanakan dan pada bulan Mei masa PKP 3.0 bermula, saya telah berulang kali tuntu lockdown dibuat seketat mungkin bagi tempoh yang singkat agar PKP tidak diheret berlanjutan dan lebih banyak kematian dan kerosakan dapat dielakkan.

Tapi kerajaan tak mahu dengar sebab mereka lebih suka buat kerja separuh masak berulang kali.

Najib tanya kenapa dalam ‘lockdown’ kematian Covid-19 semakin meningkat?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beranikah Muhyiddin rombak kabinet gugurkan Azmin demi selamatkan PN?

 


Sebaran :

Leave a Reply