Agong, Raja Permaisuri ucap takziah atas pemergian bekas pelumba basikal Jusof Udin
Agong, Raja Permaisuri ucap takziah atas pemergian bekas pelumba basikal Jusof Udin
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas pelumba basikal kebangsaan Jusof Udin yang meninggal dunia kelmarin.
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Selasa menyatakan Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara.
Allahyarham Jusof, 61, pernah memenangi hatrik pingat perak pada Sukan SEA 1977 di Kuala Lumpur, 1979 di Jakarta dan 1981 di Manila.
Allahyarham juga pernah mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan Asia New Delhi pada 1982 selain merupakan seorang yang aktif dalam Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
— BERNAMA
Agong, Raja Permaisuri ucap takziah atas pemergian bekas pelumba basikal Jusof Udin
Baca Artikel Menarik :
- Polis cari warga asing solat sunat Aidiladha luar surau
- Pemuzik cedera perut ditikam penagih
- Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD
- Osman Sapian bidas Puad, Jaga UMNO bukan BersatuBersatu
- Ratusan ‘Solat Raya’ luar surau, Polis mohon maaf terlepas pandang [VIDEO]
- Asia Tenggara medan perang terburuk pandemik COVID-19
Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri