Caprice akhirnya pulang, janji buktikan kebenaran
Caprice akhirnya pulang, janji buktikan kebenaran
KUALA LUMPUR – Satu hari nanti, saya akan buktikan, demikian menurut penyanyi rap tempatan, Caprice.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Caprice kini dalam persiapan akhir untuk pulang ke tanah air.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tidak dapat memasuki bumi Gaza sejak 21 Jun lalu.
“Saya memilih untuk meneruskan misi ini dan berjuang seorang diri. Ini perjuangan paling sukar dalam perjalanan hidup saya, selama berjuang, berjihad dan beribadah.
“Alhamdulillah saya sentiasa percaya pasti ada hikmah apa yang berlaku ini,” katanya.
Caprice turut mengucapkan terima kasih kepada Rumah Pahang di Kaherah, Mesir sepanjang tiga minggu berada di sana.
“Terima kasih kerana menjaga, sentiasa menyokong saya sepanjang berada di sini. Saya sangat menghargainya. InsyaAllah, satu hari nanti… saya akan buktikan apa yang pernah saya katakan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Caprice turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan sikapnya sejak beberapa hari ini.
“Saya minta maaf kepada yang kecewa dengan saya, jika buatkan mereka sedih. InsyaAllah, satu hari nanti, saya akan buat anda bangga dengan saya.
“Demi ummah, demi Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Caprice telah mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkenaan foto yang diambil ketika memberikan hadiah kepada kanak-kanak di Gaza dilihat seolah-olah seperti sesi fotografi.
Teguran itu dibuat selepas Caprice menerima rungutan daripada penduduk Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan yang menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza hanya sebagai bahan kandungan di media sosial.
Susulan tegurannya itu, Ebit telah menyekat Caprice di Instagram yang difahamkan berpunca daripada kontroversi tersebut.
Tidak hanya itu, penyanyi ini turut mendakwa wujud diskrimasi terhadap individu-individu yang dibenar masuk ke Gaza dan turut menyebut mengenai kerajaan Malaysia.
Pada Jumaat lalu, Caprice tampil memohon maaf kepada Malaysia dan rakyat negara ini.
Mengakui apa yang berlaku adalah kesilapannya sendiri dan membabitkan pihak lain.
Dalam hantaran di laman Instagram Caprice mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kedutaaan Malaysia di Mesir dan juga kerajaan Mesir di atas layanan yang diberikan terhadapnya termasuk perlindungan 24 jam sepanjang di negara itu.
“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew .
“Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain,” katanya. MG
Caprice akhirnya pulang, janji buktikan kebenaran
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober
- Political genius atau Pak Pandir moden
- Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi
- UMNO tarik sokongan kerana masalah ‘kepimpinan’
- Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok
- Resepi Rendang Daging Padang Asli
You must be logged in to post a comment.